Sunday, August 1, 2021

Mengimbau kenangan belajar di Universiti Sharjah

Bismillah.

Petang hari ini, tiba-tiba dapat whatsapp dari junior JFU yang tanya pasal outbound ke Universiti Sharjah. Dapat nombor dari seorang pensyarah katanya. Alahai dik, lamanya tu. Since 2012 lagi. Sekarang, dah 2021. Hihi. So, dengan ilmu dan pengalaman yang terbatas, cuba juga bantu adik ini dengan memberikan maklumat-maklumat yang not so up-to-date (sebab dah lama tinggal). 

Hampir 2 jam jugalah, kita discuss tentang belajar di UOS ini. Alhamdulillah, moga bermanfaat untuk adik junior. Dan, moga dipermudahkan urusan adik junior dan rakan-rakan. Sebenarnya, saya pernah juga share pengalaman belajar di UOS di blog yang lama. Dan, sepanjang berada di UOS, blog itu tersangatlah aktif sebab saya share semua info dan kenangan di sana. Tapi tulah, balik Malaysia, saya mula slow down menulis di blog itu sampailah saya lupa passwordnya dan terus terminate blog around 2015 gitu. So, 2020-2021 barulah mula ada kesedaran menulis semula. Dan, lahirlah blog ini. Hihi. 

Selain junior ini, pernah juga dihubungi oleh seorang pensyarah yang berminat mengajar ke UOS. Orang Malaysia juga dan sampai sekarang masih follow beliau di FB. Perkembangan beliau yang latest, beliau dah balik mengajar di Malaysia setelah lama di luar negara termasuklah Arab Saudi, UAE dan Europe. 

Bila sembang pasal pengalaman pertukaran pelajar ini, secara automatiklah terbayang dan teringat kenangan di sana walaupun beberapa bulan ja iaitu 22/1/2012 hinggalah 1/6/2012. Kira 1 semester di luar negara, dengan mendapat tajaan penuh. Tinggal bawa 'otak' untuk belajar ja. 

"Rindu?"

"Ofkoslerrr rindu. Mau tak rindu? Hahaha."

Walaupun bertahun-tahun dah berlalu, kenangan belajar di sana adalah salah satu perkara manis yang berlaku dalam hidup. Sampai akhirnya, kenangan ini akan kekal di ingatan. Banyak yang dapat dipelajari. Dan, banyak juga yang dapat diingati. Pahit. Manis. Semua ada. 

"Apa yang best sepanjang di sana?"

Family dan kawan-kawan selalu lontarkan soalan ini, Sejujurnya, banyak yang best di sana. Tapi yelah, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri. Dan, jawapan saya banyak dan berubah-ubah, bergantung orang yang tanya itu. Tapi, yang paling saya ingat, jawapannya (salah satu jawapan) yang best masa di sana adalah;

Rasa best bila kita belajar subjek itu, dan guru subjek itu fully menggunakan bahasa bagi subjek itu. Hahaha, pening.

Gini. 

Di sana, kami fully bercakap dalam Bahasa Arab since kami di Kuliyyah Syariah. Dan, semua subjek yang kami ambil adalah semua subjek yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab. So, mau tidak mau, kenalah menguasai Bahasa Arab dengan baik. Sekali-sekala saja bertutur dalam Bahasa Inggeris dan itupun tersangatlah minimum bila Arab kami tidak difahami atau kami tidak faham Arab mereka. Hihi. 

Dan, banyak lagilah yang best. 


Atas tu bukan gambar edit ya. Tulisan tu yaa. Tapi, awan dan bangunan tu tidak. Inilah Universiti Sharjah yang tersangatlah lawa dan cantik. No wonder la, bila U ini diiktiraf sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong di bumi Sharjah khususnya dan UAE umumnya. 

Entahlah bila lagi ada peluang ke bumi Sharjah. Maybe, bila keadaan mengizinkan untuk buat umrah nanti kan, transit ke Sharjah ke. Hehe. InshaAllah. 

MB
TB, 020821, 0051