Sunday, December 17, 2023

BOOK REVIEW 1: 29 KISAH MENYENTAP IMAN

Bismillah.

IDENTITI BUKU

  1. Tajuk                      : 29 Kisah Menyentap Iman
  2. Penulis                   : Ustaz Nazmi Karim dan Ustaz Hamid Addin
  3. Penerbit                  : PTS Publishing House Sdn. Bhd, Selangor
  4. Tahun diterbitkan   : 2021(Cetakan Ketiga)
  5. Jumlah halaman     : 216 halaman
  6. Harga buku            : Sem. Malaysia (RM18.00), Sabah/Sarawak (RM20.00)
  7. ISBN                      : 978-967-481-611-7
  8. Bahasa                    : Bahasa Melayu




Sumber: PTS

SINOPSIS CERITA

Sinopsis cerita rasanya tidak perlu dibuat memandangkan buku ini merupakan himpunan 29 kisah sahabat Nabi, tabi'in dan tabi' tabiin r.a, yang sudah tentulah kisahnya berbeza antara satu sama lain. 

PENILAIAN

Penulis menggarap kisah-kisah ini dengan ringkas, padat dan mudah difahami menjadikan buku ini menarik untuk dibaca. Penceritaan agak santai menyebabkan saya tidak sempat merasa bosan. Apatah lagi, terdapat kisah yang sebelum ini tidak pernah diketahui misalnya Kisah 07: Kisah Pernikahan Sirin dan Safiyyah dan Kisah 12: Kisah Luar Biasa Salamah bin al-Aqwa' serta kisah-kisah lain juga.

Kekuatan buku ini ialah kisah yang dipaparkan disokong dengan sumber dan sandaran yang sahih seperti dalil Al-Quran, hadis dan sebagainya. Hal ini menjadikan pembaca seperti saya menerima ilmu baru dengan rasa yakin tanpa ragu. Tidak dinafikan, semua kisah dalam buku ini semuanya menyentap iman. Sesuai dengan tajuknya. 29 Kisah Menyentap Iman. Misalnya dalam Kisah 02: Perjalanan Saidina Salman Mencari Tuhan. Allahu akbar. Penuh emosi, saya membaca. Tidak sedar air mata menitik. Betapa susahnya Salman al-Farisi mencari petunjuk. 

Kesimpulannya, buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Lagi-lagi untuk memantapkan kecintaan kita kepada Rasulullah, sahabat dan tabiin serta tabi' tabi'in, buku ini amatlah sesuai dan tepat. Baca dan miliki sekarang. 

MB
17.12.2023, 2315

Thursday, September 21, 2023

Meja ke-3

Bismillah.

Di Bilik Guru



Suatu petang yang hening di bilik guru, masa tu, duduk sorang-sorang sambil tengok henpon. Ada murid perempuan (tidak tahu namanya tapi dia dari kelas 3 Alpha) menuju ke arah saya dan bertanya.

M: "Cikgu, mana meja ketiga Cikgu Edna?

S: "Meja ketiga? Cikgu-cikgu mana ada meja ketiga."

Saya terketawa. Nakal owh kalo Kak Edna ada meja ketiga. Haahahahha. Bukan apa, meja yang satu ni pun, macam apa jak. Semua mo disumbat.

Tidak lama kemudian, kawan dia datang. Kawan dia terus buka laci. Saya rasa dia buka laci ketiga. 

M: "Oooo, ko bha. Bukan meja ketiga. Laci ketiga."

Marah terusss si kawan. 

Hahahahahaaha.

Terima kasih ceriakan cikgu hari ini. Hehehe. 


MB

AZKA

210923, 2343

Tuesday, July 11, 2023

Takut kehilangan

Bismillah.

Hari ini, lepas bawa mama buat ultrasound hati, kami singgah di kamar mayat hospital. Mendiang pakcik meninggal 5 pagi kelmarin dan baru hari ini akan dikeluarkan dari kamar setelah dimandikan dan sebagainya. Mendiang pakcik ini adalah sepupu pertama bapa di sebelah nenek. 

Keluarga sudah ramai di pekarangan kamar. 

Sayup.

Hiba.

Sedihnya kehilangan mendiang pakcik yang tersayang. Mendiang ini paling rapat dengan bapa. Sebab, bapa anak tunggal, mendiang pakcik la tempat kami singgah kalau ke Nabawan sebelum ke Keningau. Sedihnya. 

Jujurnya, bila melihat wajah mendiang dalam keranda, automatik teringat wajah bapa yang tersayang. Raut wajah seakan-akan sama walaupun sebelum ini wajah mendiang seakan-akan 'bulat' berbanding wajah bapa yang panjang dan kecil. Namun, di saat-saat tenatnya melawan kanser hati tahap 4, mendiang kelihatan kurus dan cengkung. 

Masa melayan rasa sedih tu, Ummi Gugu berbisik. Sebelum Ama (panggilan untuk mendiang pakcik) meninggal, dia ada pesan, "jangan bagi Aka (merujuk bapa) datang melawat saya, nanti dia sakit." Masa dengar tu ya Allah, lagilah rasa sedih. Di kala mendiang melawan kesakitan, beliau ingat lagi perihal kesihatan bapa yang selalu sesak nafas malam-malam. 

Bila melihat suasana pilu hari ini, saya cuba letakkan diri saya di tempat sepupu-sepupu. Ternyata, saya tidak berani memikirkan. Dan, tidak dapat membayangkannya. 

Hakikatnya, saya takut kehilangan. 

Kehilangan orang tersayang adalah perkara terakhir yang akan difikirkan. Walaupun, hati menidakkan kebenaran. Kematian itu tetap sesuatu yang pasti. 

Kehilangan itu sepatutnya meninggalkan pengajaran. 

Pengajaran untuk kita berbuat amal kebaikan. 

Dan, bersedia menghadapi kehilangan.

Entah bila.


Bersemadilah dengan damai.

Tenanglah di sana, ama. 


MB
AZKA
110723, 2254

Monday, February 27, 2023

SPM 2022

 Bismillah. 

Alhamdulillah. Hari ini hari ke-6 menjaga SPM. Sama seperti tahun sebelumnya, masih lagi menjaga di pusat yang sama. Cuma, kali ini, berbeza sedikit. Bila dilantik jadi Ketua Pengawas SPM di pusat itu bila Ketua sebelum ini tidak dapat bertugas tahun ini. 

Mau ceritanya, bukan senang menjadi Ketua. Tanggungjawabnya besar. Tonggaknya terletak di bahu Ketua itu sendiri. Ya Allah. Pertama kali menjadi ketua, semestinya banyak yang perlu dipelajari dengan penyelia dan rakan-rakan guru yang lain. Alhamdulillah, bila rakan pengawas ramai yang membantu. 

Hari ini, tepat pukul 9.00 pagi, black out di pusat. Hujan agak lebat. Dan, calon tengah menjawab paper Matematik Kertas 1. Kesian ya, bila suasananya jadi agak gelap menyukarkan calon menjawab paper. Namun, masih tidak menghalang mereka menjawab soalan peperiksaan. Allahu. Pegawai dan guru-guru menyediakan torchlight bagi melancarkan calon menjawab peperiksaan. Masuk tahun ke-6, menjaga di sini, inilah pertama kalinya sebegini rupa. 

Walaupun, berbaki 2 paper lagi, tetap didoakan agar semua calon dapat menjawab peperiksaan dengan baik. 



MB
SHG
280223, 1228


Wednesday, January 19, 2022

Syukran Jazeelan

Bismillah. 

Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik, kita sudah pun sampai di pertengahan bulan Januari tahun 2022. Alhamdulillah. azam tahun lalu hanya 2 azam sahaja yang tidak tertunai. Yang 3 tu, alhamdulillah, tercapai. Azam yang tidak tercapai tu macam mana? Kita bawa azam tu ke depan selagi relevan dengan peredaran waktu. Hahahaks. 

Kita lupakan dulu pasal azam tahun 2022. Hari ini, saya mau kongsi tentang ragam anak murid. Bimbang terlupa, kita simpan di blog. 

Ini kisah kelmarin di 2 Betha.

Macam biasa, sebelum keluar, kita mau murid itu berterima kasih pada guru dengan mengucapkan "Syukran Jazeelan Ya Ustazah". 

Ketua kelas ucap dulu, barulah murid lain mengikutinya. 

"Syukran Jazeelan Ya Ustazah"

Jeda. 

Tiba-tiba, ada bunyi "Aamiin".

Hahahahahaha. Kelas terus jadi gamat.

Ustazahnya pun. Nasib baik ada mask. Boleh la cover sikit-sikit tu bunyi ketawa. 

Adooiiilah. 

Bila kena tanya, siapakah yang mengaminkan itu? Masing-masing tidak mau mengaku.

Tak apa. Nanti boleh cari. Kekeke.



MB,

190122, 2303

Sunday, August 1, 2021

Mengimbau kenangan belajar di Universiti Sharjah

Bismillah.

Petang hari ini, tiba-tiba dapat whatsapp dari junior JFU yang tanya pasal outbound ke Universiti Sharjah. Dapat nombor dari seorang pensyarah katanya. Alahai dik, lamanya tu. Since 2012 lagi. Sekarang, dah 2021. Hihi. So, dengan ilmu dan pengalaman yang terbatas, cuba juga bantu adik ini dengan memberikan maklumat-maklumat yang not so up-to-date (sebab dah lama tinggal). 

Hampir 2 jam jugalah, kita discuss tentang belajar di UOS ini. Alhamdulillah, moga bermanfaat untuk adik junior. Dan, moga dipermudahkan urusan adik junior dan rakan-rakan. Sebenarnya, saya pernah juga share pengalaman belajar di UOS di blog yang lama. Dan, sepanjang berada di UOS, blog itu tersangatlah aktif sebab saya share semua info dan kenangan di sana. Tapi tulah, balik Malaysia, saya mula slow down menulis di blog itu sampailah saya lupa passwordnya dan terus terminate blog around 2015 gitu. So, 2020-2021 barulah mula ada kesedaran menulis semula. Dan, lahirlah blog ini. Hihi. 

Selain junior ini, pernah juga dihubungi oleh seorang pensyarah yang berminat mengajar ke UOS. Orang Malaysia juga dan sampai sekarang masih follow beliau di FB. Perkembangan beliau yang latest, beliau dah balik mengajar di Malaysia setelah lama di luar negara termasuklah Arab Saudi, UAE dan Europe. 

Bila sembang pasal pengalaman pertukaran pelajar ini, secara automatiklah terbayang dan teringat kenangan di sana walaupun beberapa bulan ja iaitu 22/1/2012 hinggalah 1/6/2012. Kira 1 semester di luar negara, dengan mendapat tajaan penuh. Tinggal bawa 'otak' untuk belajar ja. 

"Rindu?"

"Ofkoslerrr rindu. Mau tak rindu? Hahaha."

Walaupun bertahun-tahun dah berlalu, kenangan belajar di sana adalah salah satu perkara manis yang berlaku dalam hidup. Sampai akhirnya, kenangan ini akan kekal di ingatan. Banyak yang dapat dipelajari. Dan, banyak juga yang dapat diingati. Pahit. Manis. Semua ada. 

"Apa yang best sepanjang di sana?"

Family dan kawan-kawan selalu lontarkan soalan ini, Sejujurnya, banyak yang best di sana. Tapi yelah, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri. Dan, jawapan saya banyak dan berubah-ubah, bergantung orang yang tanya itu. Tapi, yang paling saya ingat, jawapannya (salah satu jawapan) yang best masa di sana adalah;

Rasa best bila kita belajar subjek itu, dan guru subjek itu fully menggunakan bahasa bagi subjek itu. Hahaha, pening.

Gini. 

Di sana, kami fully bercakap dalam Bahasa Arab since kami di Kuliyyah Syariah. Dan, semua subjek yang kami ambil adalah semua subjek yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Arab. So, mau tidak mau, kenalah menguasai Bahasa Arab dengan baik. Sekali-sekala saja bertutur dalam Bahasa Inggeris dan itupun tersangatlah minimum bila Arab kami tidak difahami atau kami tidak faham Arab mereka. Hihi. 

Dan, banyak lagilah yang best. 


Atas tu bukan gambar edit ya. Tulisan tu yaa. Tapi, awan dan bangunan tu tidak. Inilah Universiti Sharjah yang tersangatlah lawa dan cantik. No wonder la, bila U ini diiktiraf sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong di bumi Sharjah khususnya dan UAE umumnya. 

Entahlah bila lagi ada peluang ke bumi Sharjah. Maybe, bila keadaan mengizinkan untuk buat umrah nanti kan, transit ke Sharjah ke. Hehe. InshaAllah. 

MB
TB, 020821, 0051

Tuesday, June 8, 2021

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali

Bismillah. 

Alhamdulillah, buat kali ke-2, saya selesai membaca karya Muhammad Al-Bani ini 2 hari lepas. Bacaan pertama pada tahun 2013, kalo tidak silap. Saya beli buku ini masa belajar dulu pada 10 Mei 2013 di APIUM dengan harga RM 9.50. Buku ini bersaiz kecil dan sedikit nipis (sampai ms 124 sahaja). Tidak padan dengan saiz buku ini, tajuk di muka depan cukup gah dan besar. Content nya cukup berat dan penyampaian penulis juga agak 'berat'. Apa tidak, ia berkaitan dengan hati. Sudah pasti kupasannya juga seiring berat dan padat.



Gambar ini saya ambil  dari sini. Kalau yang saya punya, kulit depan dah koyak sikit. Hehe. 

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali: Mendidik Hati Menggapai Cinta Ilahi sememangnya karya dari negara seberang yang membangun jiwa. Dalam buku ini, penulis bahagikan kepada 5 bahagian iaitu;

Bahagian Pertama    : Memahami Hati untuk Menata Kehidupan
Bahagian Kedua       : Matinya Cinta Sejati
Bahagian Ketiga       : Mendidik Hati Menggapai Cinta Ilahi
Bahagian Keempat   : Tamasya di Taman Ibadah
Bahagian Kelima      : Pengenalan Diri; Kunci Perbaikan Diri

Di muka surat 47 misalnya, diungkapkan;

Hati bisa sakit seperti badan. Penawar sakit hati adalah tobat dan menjaganya. 
Hati juga bisa suram seperti halnya cermin. Untuk membersihkannya diperlukan zikir.
Hati bisa telanjang seperti halnya badan. Hiasannya adalah takwa.
Hati juga bisa lapar dan dahaga layaknya seperti badan. Makanan dan minumannya adalah makrifatullah, cinta, tawakal dan kepatuhan kepada Allah. 

Dengan ungkapan yang lebih tegas, kegersangan ganda (gersang jiwa-raga) dapat diobati dengan melakukan kajian terhadap ilmu-ilmu agama, rajin mengikuti majlis taklim dan menghiasi diri dengan amal-amal saleh secara tulus dan sungguh-sungguh. Sedangkan kegersangan parsial (gersang jiwa) diobati dengan cara menjadikan ikhlas sebagai spirit ibadah dan zikir sebagai santapan jiwa. Menunaikan ibadah dengan ikhlas kerana Allah dapat mendatangkan kesegaran batin. Ia terlepas dari belenggu kebendaan yang menggelisahkan hati.

Kesimpulannya, buku ini memang sesuai untuk kita yang 'kematian hati' dan untuk bangkit semula dari fasa itu. Seperti mana tinta penulis di kulit belakang buku ini, "kematian hati adalah petaka terbesar dalam hidup seseorang, karena hati yang mati tidak dapat menerima cahaya Ilahi. Padahal, cahaya Ilahi merupakan satu-satunya pelita dalam hidup ini. Jadi, jangan sampai hati kita mati, apalagi mati berkali-kali."

Ya Allah, janganlah jadikan kami ini hamba yang cinta dunia. Aamiin.


MB,
TB, 080621, 2129