Saturday, June 27, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah

Bismillah. 

Alhamdulillah, sekolah telah mula dibuka dalam fasa PKPP ini yang melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja bermula 24 Jun 2020 bersamaan hari Rabu. 

Nervous kemain malam sebelum tarikh ini. Hehe. Mungkin, excited mau ke sekolah walaupun agak sedih dengan pengumuman cuti yang hanya 2 minggu di akhir tahun. Tidak mengapalah, SYMA sahaja. Dan, mungkin juga sebab, saya diarahkan untuk mengajar kelas tingkatan 5, setelah 2 tahun 'berehat' dan direhatkan', nervousnya lain macam. Kena study balik bab-bab tingkatan 5. 

Alhamdulillah, hari Rabu kelas saya dengan 5 Omega, berjalan dengan lancar. Kelas ini memang senang di handle dan mereka juga memberi kerjasama yang baik. 

Tadaaaaaaa..sekolah masuk akhbar. Hehe. 


Walaupun tidak ada muka di dada akhbar Utusan Borneo (bertarikh: 25/6/2020), tetap juga mau simpan gambar ini sebagai kenangan dalam norma pendidikan yang baru. 

Selamat kembali ke sekolah, warga pendidik dan pelajar, dengan norma yang baru. Patuhi SOP, amalkan pemakaian mask, hand sanitizer dan penjarakan sosial. Dan, warga pendidik, jangan lupa baca Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk kita sama-sama menangani Covid-19 ini. 

#kitajagakita


MB,
TB, 270620, 1159

Saturday, June 13, 2020

Hiking solo di Bukit Donguan dan Bukit Manggas

Bismillah.

Hiking solo hari ini di Bukit Donguan dan Bukit Manggas, Apin-apin Keningau. Sebab, kawan 3 orang sudah naik dan saya baru start hiking kira-kira pukul 7.25 pagi. Fuh, ramai orang hari ini. Full parking. Terpaksa park area atas  dekat dengan rumah owner. 

Hiking kali ni rasa lama betul. Sebab, mungkin sorang-sorang. Dan juga, setelah sekian lama tidak exercise disebabkan Covid-19. Masa naik Bukit Gaman, time tu rasa mau muntah, pening, dan tangan bergegar sedikit. Sebab, belum breakfast lagi kan. Cepat-cepat saya makan biskut yang sentiasa dibawa dan berehat sekejap. Dan, alhamdulillah, pukul 9.00 tepat, sampai di tempat parking dalam keadaan OK. 

sempat snap masa rehat di  puncak (tarikh tu 130620)

MB,
TB, 140620, 1233

Wednesday, June 3, 2020

Format Laptop

Bismillah.

Kelmarin, saya hantar laptop di Network House untuk buat back up + format sekali. Servis kedainya memang tip top dan cepat. Pekerja yang layan hari tu pun memang baik. Siap bagitau awal-awal harga untuk format laptop plus back up adalah RM 80. 

Dan, hari ni, laptop sudah siap diformat dan selamat diambil. Buka saja, ofkos ler ada beza sebelum dan selepas. Kalau sebelum format, ya Allah, lambat betul dia on. Alhamdulillah, lepas format ni, ok la. Cepat dan cantik. Persis wajah baru. Hehe.

Laptop selepas diformat

Mungkin, lepas ni, kena rajin update blog sebab post-post lama sudah di delete dan blog sebelum itu pun telah di terminate. Sis cuba, inshaAllah. 

MB,
TB, 030620, 2031