Tuesday, June 8, 2021

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali

Bismillah. 

Alhamdulillah, buat kali ke-2, saya selesai membaca karya Muhammad Al-Bani ini 2 hari lepas. Bacaan pertama pada tahun 2013, kalo tidak silap. Saya beli buku ini masa belajar dulu pada 10 Mei 2013 di APIUM dengan harga RM 9.50. Buku ini bersaiz kecil dan sedikit nipis (sampai ms 124 sahaja). Tidak padan dengan saiz buku ini, tajuk di muka depan cukup gah dan besar. Content nya cukup berat dan penyampaian penulis juga agak 'berat'. Apa tidak, ia berkaitan dengan hati. Sudah pasti kupasannya juga seiring berat dan padat.



Gambar ini saya ambil  dari sini. Kalau yang saya punya, kulit depan dah koyak sikit. Hehe. 

Agar Hati Tak Mati Berkali-kali: Mendidik Hati Menggapai Cinta Ilahi sememangnya karya dari negara seberang yang membangun jiwa. Dalam buku ini, penulis bahagikan kepada 5 bahagian iaitu;

Bahagian Pertama    : Memahami Hati untuk Menata Kehidupan
Bahagian Kedua       : Matinya Cinta Sejati
Bahagian Ketiga       : Mendidik Hati Menggapai Cinta Ilahi
Bahagian Keempat   : Tamasya di Taman Ibadah
Bahagian Kelima      : Pengenalan Diri; Kunci Perbaikan Diri

Di muka surat 47 misalnya, diungkapkan;

Hati bisa sakit seperti badan. Penawar sakit hati adalah tobat dan menjaganya. 
Hati juga bisa suram seperti halnya cermin. Untuk membersihkannya diperlukan zikir.
Hati bisa telanjang seperti halnya badan. Hiasannya adalah takwa.
Hati juga bisa lapar dan dahaga layaknya seperti badan. Makanan dan minumannya adalah makrifatullah, cinta, tawakal dan kepatuhan kepada Allah. 

Dengan ungkapan yang lebih tegas, kegersangan ganda (gersang jiwa-raga) dapat diobati dengan melakukan kajian terhadap ilmu-ilmu agama, rajin mengikuti majlis taklim dan menghiasi diri dengan amal-amal saleh secara tulus dan sungguh-sungguh. Sedangkan kegersangan parsial (gersang jiwa) diobati dengan cara menjadikan ikhlas sebagai spirit ibadah dan zikir sebagai santapan jiwa. Menunaikan ibadah dengan ikhlas kerana Allah dapat mendatangkan kesegaran batin. Ia terlepas dari belenggu kebendaan yang menggelisahkan hati.

Kesimpulannya, buku ini memang sesuai untuk kita yang 'kematian hati' dan untuk bangkit semula dari fasa itu. Seperti mana tinta penulis di kulit belakang buku ini, "kematian hati adalah petaka terbesar dalam hidup seseorang, karena hati yang mati tidak dapat menerima cahaya Ilahi. Padahal, cahaya Ilahi merupakan satu-satunya pelita dalam hidup ini. Jadi, jangan sampai hati kita mati, apalagi mati berkali-kali."

Ya Allah, janganlah jadikan kami ini hamba yang cinta dunia. Aamiin.


MB,
TB, 080621, 2129

Friday, June 4, 2021

Ujian Hidup: Sabarlah Duhai Hati

Bismillah. 

Sabarlah Duhai Hati. Ini bukan drama TV3 yang tengah hot sekarang ni. Hehe. Melainkan tajuk tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Saifuddin lepas baca Yassin nanti. 


Kata ustaz, sememangnya sekarang ini, kita kena lebih bersabar apabila berhadapan dengan situasi PKP dan Covid-19 yang melanda negara. Semua orang terkesan. Ustaz bawakan ayat 10 dalam Surah Al-Jumu'ah yang maksudnya;

10. Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung. 

Ayat ini menggalakkan umat Islam mencari rezeki setelah melaksanakan ibadat di samping mengingati Allah SWT.

Kata ustaz lagi, orang asing ini paling kuat bekerja untuk mencari rezeki. Sebab apa mereka paling kuat bekerja? Sebab, mereka terikat dengan permit kerja. Bila ada permit kerja, mereka kena kerja sebelum permit tamat. 

Kita pun sebenarnya kena bekerja dengan rajin macam orang asing ini, kata ustaz lagi. Sebab apa? Sebab, kita pun ada permit. Allah bagi 'permit' untuk kita sebelum kita kembali di negara abadi. Bezanya, permit dengan Allah ini, kita tidak tau bila permit ini tamat. Justeru, sebelum permit tamat, kita kena bekerja dan beramal dengan sesungguhnya; solat, zakat, istighfar, sedekah, kerja dengan ikhlas dan sebagainya. Kena buat bersungguh-sungguh dengan sabar dan ikhlas.

Kita acapkali dengar kena patuh SOP Covid-19. SOP Allah kita patuh tak? Deep pertanyaan ustaz. 

Maka, kita patuhilah SOP Allah SWT dengan;
1. Kerja mengikut SOP agama.
2. Gunakan masa yang dengan sebaiknya, untuk meningkatkan mutu ibadah dan amal kita. 
3. Hindari sifat riyak, ujub dan sebagainya. 
4. Bersabar dengan ujian kehidupan.

Segala apa yang berlaku, mesti bersabar. Selaras dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 200, maksudnya;

200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. 

Para ulama mengklasifikasikan sabar ini kepada 3 iaitu;
1. Sabar dalam melakukan ketaatan.
2. Sabar dalam menghindari maksiat.
3. Sabar dalam menghadapi ujian. Contohnya, sabar menunggu respons anak murid dalam PdPR (okayyy, ini memang boleh relate). Hehe
 
Di akhirnya, kita kunci segala amalan atas kesabaran dan keikhlasan kita sebagai bekal ke negara abadi.

___________

Allah. Dengar tazkirah ustaz, bolehlah kita muhasabah diri, apakah kita telah patuh dengan SOP Allah sepertimana kita patuh dengan SOP Covid-19 ini? Apakah kita telah sabar dengan ujian kehidupan kita?

Renung-renungkan. 


MB,
TB, 040621, 2349

Thursday, June 3, 2021

Amalan Berkolaboratif Melalui PLC

Bismillah. 

Alhamdulillah, hari ini berpeluang mengikuti sharing session oleh Pn Aini Haziah binti Amirullah (Pegawai SISC+ Unit Sains dan Matematik, PPD Seremban, Negeri Sembilan berkenaan Pembudayaan Amalan Berkolaboratif Melalui PLC (Komuniti Pembelajaran Profesional). Perkongsian beliau sangatlah padat dan menarik. Banyak ilmu baru yang kita dapat. 

So, dalam blog ini, saya cuba kongsikan dapatan yang saya dapat dari sharing session beliau. Tidak banyak sebab pukul 12 lebih tu line di rumah sangat slow. Tidak mengapalah, saya share sahaja apa yang ada. Memetik kata-kata beliau, "guru-guru perlu memberi, tak perlu simpan untuk sendiri." InshaAllah, inilah perkongsian beliau. Boleh rujuk, link youtube pagi tadi, https://www.youtube.com/watch?v=ojxRc1UQ_Ps 

Ramai guru tidak melaksanakan PLC sebab banyak faktor. Dan, faktor utamanya ialah kekangan masa (jadual waktu yang pack), sikap guru sendiri (yang lebih suka kerja sendiri, takut dikritik) dan sebagainya. Oleh itu, guru-guru perlu berkongsi dan juga sentiasa terbuka untuk membincangkan kemenjadian murid secara profesional, salah satunya melalui PLC inilah. 

Dalam Kit PLC, ada 3 main idea iaitu; 

1. Achievement Murid

2. Focus on Students Learning

3. Collaborative Culture

Manakala, dalam konsep PLC itu ada 3 perkara yang perlu difokuskan iaitu;

1. Focus (kepentingan data, intervensi berfokus dan pemantauan berterusan) - plan

2. Improve (pembetulan dan penambahbaikan) - do + check

3. Share (kongsi kepakaran, pengalaman, amalan terbaik) - act

Dalam melaksanakan PLC ini, walaupun di warung atau kantin, perbincangan hendaklah profesional, yang menjurus kepada kemenjadian murid. Ia berbeza dengan CPD yang lebih fokus kepada pembangunan guru. 

Terdapat 12 strategies & tools PLC yang ada iaitu;

1. Lesson study

2. Performance Dialogue

3. Video Critique

4. Learning Walk

5. Data Analysis

6. New Teacher Induction & Mentoring

7. Peer Coaching

8. Horizontal Teams (tingkatan yang sama) & Vertical Teams (tingkatan yang berbeza)

9. Book Club

10. Problem Solving Group

11. Teacher Solving Group

12. Critical Friend Group

Bagi pelaporan pula, menurut beliau, tidak ada format khusus sebenarnya. Lepas tu, beliau bagi tengok template pelaporan PLC 1 muka surat yang beliau edit dengan merujuk kit PLC. Wooww tersangatlah interesting. Just one page, dan semua benda ada. Ada isu, penambahbaikan, logo sekolah, gambar dll. 

Beliau juga kongsikan, antara tools yang paling beliau selalu guna ialah lesson study, yang memang merujuk kepada lesson plan yang guru-guru laksanakan, melalui pencerapan, refleksi dsb. 

Time ini line internet di rumah start slow. Sob. sob. Lepas sharing ini, ada kuiz yang perlu diisi untuk menilai kefahaman audiens, sama ada layak dapat sijil atau tidak. 

Kesimpulannya, amalan berkolaboratif melalui PLC perlu menjadi budaya dalam kalangan pendidik untuk meningkatkan kemenjadian murid. 

Antara bahan yang dikongsikan pagi tadi,

1. PPT - 12 alat kolaboratif

2. Modul PLC

3. Kit PLC

Saya sebenarnya ternanti-nanti kalo beliau share template pelaporan PLC beliau, tapi tiada pula kan. Hehe. Tidak mengapalah, maybe the next session. 

Terima kasih Pn Aini atas perkongsian yang menarik. Walaupun beliau akan bersara September tahun ini, sangatlah bersemangat untuk berkongsi ilmu. MashaAllah. Hebatnya beliau. Moga terus sukses ya Pn. 


MB,

TB, 03.06.2021, 2328