Bismillah.
10 Pesan untuk Perempuan
Sumber: FB Siti Suryani Yaakop (28 Julai 2024)
1. Banyak-banyakkan berlapang dada.
Sesiapa pun minta, cubalah kita tunaikan. Tak mampu dengan duit, kita bantulah hulur tangan. Kadang, amalan yang disangka kecil itulah yang Tuhan ambil menambah timbangan.
3. Banyak-banyakkan memberi kemaafan.
Memang ada perkara yang sakitnya itu tak mampu untuk kita lafazkan. Tapi, maaf itu penting supaya selesai kita punya urusan. Percayalah, kalau kita benar sampai satu masa pasti tiba juga keadilan Tuhan.
4. Banyak-banyakkan rasa bersyukur.
Cuba kita fahamkan rezeki setiap orang Tuhan dah sedia atur. Kerja kita cuma usaha kemudian letak tawakal sehabis akur. Kalau dah kata kita punya pusing mana pun, pasti pada kita juga akhirnya tersungkur.
5. Banyak-banyakkan bersabar rasa.
Kerana kita akan sedar di satu peringkat usia. Setiap waktu pun ada ujian cuma datangnya berbeza rupa. Ketahuilah bahawa ada pintu khas yang dicipta untuk orang yang sabar nanti di syurga.
6. Banyak-banyakkan berdiam diri.
Tak payah gaduh, tak payah jawab sana sini. Bukan kerana kita lemah, bukan kerana kita tiada isi. Tapi sebab, kita pandailah, kita tak melantun macam tin kosong terlebih bunyi.
7. Banyak-banyakkan bagi sedekah.
Sampai satu usia Tuhan akan jadikan keinginan kita lemah, kemahuan kita rendah, Kita akan rasa apa yang dapat sekarang ini pun dah lebih dari cukup dah. Sungguh, bukan yang disimpan tapi yang diberi itulah nanti yang bakal jadi faedah.
8. Banyak-banyakkan menahan hati.
Usah cepat sangat nak terikut ulah orang sana sini. Jangan asal viral, laju sangat nak buat sampai hilang malu sampai lupa diri. Sedang Tuhan letak kita di tempat yang mulia, Tuhan angkat kita di aras yang tinggi.
9. Banyak-banyakkan beraktiviti.
Bila dah berusia, badan mula berat macam besi. Lagi banyak bermalas-malasan teruk jadinya nanti. Orang yang lebih cergas, lebij gembira tak mudah dihanyut emosi.
10. Banyak-banyakkan mencari ilmu.
Ilmu ini ada banyak cabang. Carilah yang sesuai dengan fitrah dan fikrahmu. Setiap hari kena tambah, jadikan rutin, jangan jemu. Orang yang berilmu, sikapnya matang, kata-katanya bermutu, matlamatnya jelas haluannya berpandu.
____________________
Terima kasih Pn Siti kerana perkongsian 10 Pesan untuk Perempuan. Moga kita menjadi perempuan terbaik, yang beragama, berilmu dan banyak amal kebaikannya. InshaAllah, aamiin ya Rabb.
Pagalungan
290724, 2353