Friday, June 4, 2021

Ujian Hidup: Sabarlah Duhai Hati

Bismillah. 

Sabarlah Duhai Hati. Ini bukan drama TV3 yang tengah hot sekarang ni. Hehe. Melainkan tajuk tazkirah yang akan disampaikan oleh Ustaz Saifuddin lepas baca Yassin nanti. 


Kata ustaz, sememangnya sekarang ini, kita kena lebih bersabar apabila berhadapan dengan situasi PKP dan Covid-19 yang melanda negara. Semua orang terkesan. Ustaz bawakan ayat 10 dalam Surah Al-Jumu'ah yang maksudnya;

10. Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi; carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung. 

Ayat ini menggalakkan umat Islam mencari rezeki setelah melaksanakan ibadat di samping mengingati Allah SWT.

Kata ustaz lagi, orang asing ini paling kuat bekerja untuk mencari rezeki. Sebab apa mereka paling kuat bekerja? Sebab, mereka terikat dengan permit kerja. Bila ada permit kerja, mereka kena kerja sebelum permit tamat. 

Kita pun sebenarnya kena bekerja dengan rajin macam orang asing ini, kata ustaz lagi. Sebab apa? Sebab, kita pun ada permit. Allah bagi 'permit' untuk kita sebelum kita kembali di negara abadi. Bezanya, permit dengan Allah ini, kita tidak tau bila permit ini tamat. Justeru, sebelum permit tamat, kita kena bekerja dan beramal dengan sesungguhnya; solat, zakat, istighfar, sedekah, kerja dengan ikhlas dan sebagainya. Kena buat bersungguh-sungguh dengan sabar dan ikhlas.

Kita acapkali dengar kena patuh SOP Covid-19. SOP Allah kita patuh tak? Deep pertanyaan ustaz. 

Maka, kita patuhilah SOP Allah SWT dengan;
1. Kerja mengikut SOP agama.
2. Gunakan masa yang dengan sebaiknya, untuk meningkatkan mutu ibadah dan amal kita. 
3. Hindari sifat riyak, ujub dan sebagainya. 
4. Bersabar dengan ujian kehidupan.

Segala apa yang berlaku, mesti bersabar. Selaras dengan firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 200, maksudnya;

200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. 

Para ulama mengklasifikasikan sabar ini kepada 3 iaitu;
1. Sabar dalam melakukan ketaatan.
2. Sabar dalam menghindari maksiat.
3. Sabar dalam menghadapi ujian. Contohnya, sabar menunggu respons anak murid dalam PdPR (okayyy, ini memang boleh relate). Hehe
 
Di akhirnya, kita kunci segala amalan atas kesabaran dan keikhlasan kita sebagai bekal ke negara abadi.

___________

Allah. Dengar tazkirah ustaz, bolehlah kita muhasabah diri, apakah kita telah patuh dengan SOP Allah sepertimana kita patuh dengan SOP Covid-19 ini? Apakah kita telah sabar dengan ujian kehidupan kita?

Renung-renungkan. 


MB,
TB, 040621, 2349

No comments:

Post a Comment