Saturday, June 27, 2020

Selamat Kembali ke Sekolah

Bismillah. 

Alhamdulillah, sekolah telah mula dibuka dalam fasa PKPP ini yang melibatkan pelajar tingkatan 5 dan 6 sahaja bermula 24 Jun 2020 bersamaan hari Rabu. 

Nervous kemain malam sebelum tarikh ini. Hehe. Mungkin, excited mau ke sekolah walaupun agak sedih dengan pengumuman cuti yang hanya 2 minggu di akhir tahun. Tidak mengapalah, SYMA sahaja. Dan, mungkin juga sebab, saya diarahkan untuk mengajar kelas tingkatan 5, setelah 2 tahun 'berehat' dan direhatkan', nervousnya lain macam. Kena study balik bab-bab tingkatan 5. 

Alhamdulillah, hari Rabu kelas saya dengan 5 Omega, berjalan dengan lancar. Kelas ini memang senang di handle dan mereka juga memberi kerjasama yang baik. 

Tadaaaaaaa..sekolah masuk akhbar. Hehe. 


Walaupun tidak ada muka di dada akhbar Utusan Borneo (bertarikh: 25/6/2020), tetap juga mau simpan gambar ini sebagai kenangan dalam norma pendidikan yang baru. 

Selamat kembali ke sekolah, warga pendidik dan pelajar, dengan norma yang baru. Patuhi SOP, amalkan pemakaian mask, hand sanitizer dan penjarakan sosial. Dan, warga pendidik, jangan lupa baca Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk kita sama-sama menangani Covid-19 ini. 

#kitajagakita


MB,
TB, 270620, 1159

No comments:

Post a Comment